Friday 20 January 2012

1. PENGENALAN KURSUS KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum telah mula diperkenalkan di Kolej Profesional MARA sebagai subjek wajib ambil sahaja tanpa diberikan mata kredit sejak ia ditubuhkan pada 1997. Mulai ambilan Julai 2006 kursus kokurikulum telah diwajibkan sepertimana kursus teras dan wajib yang lain. Ini bermakna setiap kegiatan yang diceburi oleh pelajar akan diberi mata kredit dan ianya disyaratkan lulus untuk melayakkan penganugerahan Diploma bagi semua program peringkat diploma (termasuk Higher National DIploma) KPM.

No comments:

Post a Comment

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets