Saturday 28 January 2012

MINGGU AKTIVITI 2012

Minggu Aktiviti 2011 akan diadakan pada 11hb - 17hb Februari 2012. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan termasuklah Sukan Kolej.

SUKAN KOLEJ
11HB – 17HB FEBRUARI 2012

SENARAI SUKAN
1.       BOLA SEPAK 9’s (15 ORANG LELAKI)
2.       BOLA JARING (12 ORANG)
3.       FUTSAL LELAKI (10 ORANG)
4.       FUTSAL PEREMPUAN (10 ORANG)
5.       BOLA BALING LELAKI (12 ORANG)
6.       BOLA BALING PEREMPUAN (12 ORANG)
7.       BADMINTON BERPASUKAN (1 BEREGU LELAKI, 1 BEREGU PEREMPUAN,1 PERSEORANGAN LELAKI, 1 PERSEORANGAN WANITA, SIMPANAN -  1 L & 1 P)
8.       PING – PONG BERPASUKAN (1 BEREGU LELAKI, 1 BEREGU PEREMPUAN,1 PERSEORANGAN LELAKI, 1 PERSEORANGAN WANITA, SIMPANAN – 1 L & 1P)
9.       BOLA TAMPAR LELAKI (12 ORANG)
10.   BOLA TAMPAR PEREMPUAN (12 ORANG)
11.   PETANQUE TRIPLE  LELAKI
12.   PETANQUE TRIPLE WANITA
13.   DART ( 1  PERSEORANGAN  LELAKI, 1 BEREGU LELAKI, 1 CAMPURAN)
14.   KAROM (1 PERSEORANGAN LELAKI, 1 BEREGU LELAKI, 1 CAMPURAN)

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN

1.       Pemain mestilah pelajar Kolej Profesional MARA Seri Iskandar.
2.       Pemain mestilah daripada kumpulan yang telah dibahagikan.
3.       Tidak dibenarkan menggunakan pemain daripada kumpulan lain.
4.       Setiap pasukan DIWAJIBKAN untuk menghantar penyertaan walaupun tiada kebolehan untuk bertanding.
5.       Seorang pelajar dibenarkan menyertai maksimum 2 permainan bagi menggalakkan penyertaan menyeluruh.
6.       Pemilihan permainan mestilah berdasarkan jadual dengan memastikan jadual permainan yang dipilih tidak bertindih satu sama lain.


SYARAT – SYARAT PERMAINAN

1.      PENDAFTARAN PEMAIN

1.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar pemain mengikut kuota yang telah ditetapkan.
1.2 Seorang pemain dibenarkan menyertai maksimum dua permainan selagi jadual kedua-dua permainan tidak bertindih.

2.      SISTEM PERTANDINGAN

2.1 Pusingan pertama adalah mengikut sistem liga dalam kumpulan.
2.2 Pusingan kedua mengikut sistem kalah mati.
2.3 Setiap pasukan mestilah berada di tempat perlawanan 10 minit sebelum perlawanan bermula.pihak lawan akan mendapat kemenangan percuma bagi mana-mana pasukan yang gagal hadir di gelanggang dengan jumlah minimum pemain.
2.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.

3.      KEDUDUKAN DALAM LIGA

3.1 Untuk kedudukan secara liga, mata berikut akan diberikan :
Menang                -              3 mata
Seri                        -              1 mata
Kalah                    -              0 mata

3.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka kedudukan dalam kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut :

                                                         i.            Pasukan yang mendapat perbezaan skor dikira pemenang.
                                                       ii.            Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira pemenang.
                                                     iii.            Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
3.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati, jika berlaku seri selepas sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang:
                                                                    I.            Suddent Death
                                                                  II.            Jika masih seri, keputusan ditentukan secara lambungan duit syiling.

4.      HADIAH PERTANDINGAN

4.1 Hadiah akan dibeikan kepada;
                                                        I.            Johan
                                                      II.            Naib Johan
                                                   III.            Ketiga (kecuali Bola Tampar)

 
JADUAL PERLAWANAN

No comments:

Post a Comment

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets