Tuesday 24 January 2012

AKTIVITI KOKURIKULUM

Pertandingan Anjuran Komuniti Luar
Menyertai sukan yang dianjurkan oleh komuniti luar merupakan salah satu pelan strategik KPM Seri Iskandar bagi memupuk penglibatan pelajar dengan aktiviti bersama-sama masyarakat setempat mahupun di luar dari negeri Perak. Pelbagai aktiviti sukan yang telah dianjurkan oleh organisasi luar yang disertai oleh pelajar KPM Seri Iskandar.


Sukan Persahabatan
Selain daripada menyertai sukan anjuran komuniti luar, Kolej Profesional MARA Seri Iskandar juga mengadakan sukan persahabatan bersama komuniti luar seperti jabatan kerajaan, institusi pengajian, sekolah  dan juga Institusi Pengajian MARA (IPMA).

No comments:

Post a Comment

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets