Tuesday 31 January 2012

MESYUARAT PENGURUS KEJOHANAN RAGBI 10's PIALA KETUA PENGARAH MARA 2012




Mesyuarat pengurus pasukan bagi Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Pengarah MARA 2012 (juga dikenali sebagai Kejohanan Ragbi 10's Jemputan KPM/KM telah diadakan pada 31 Jan 2012 di KPM Ayer Molek, Melaka. 


Mesyuarat dihadiri oleh pengurus pasukan dari KPM dan KM
Mesyuarat telah membincangkan peraturan permainan, tentatif program dan yang paling penting UNDIAN.



Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Pengarah MARA 2012 akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh: 25 & 26 Februari 2012
Tempat: Padang Politeknik Merlimau, Melaka.
Jumlah Pasukan Bertanding: 10 pasukan (KPM dan KM) + 6 pasukan (Jemputan)

Program yang akan diadakan mengekalkan konsep seperti tahun lepas di KM Kuala Nerang dengan menjemput pasukan luar negara. Antara pasukan yang dijemput Prince of Songkla, Thailand dan 2 pasukan Singapura. Pasukan lain adalah dari institusi tempatan sekitar selatan Malaysia.



KPMSI telah diundi didalam kumpulan B bersama Naib Johan CUP pada tahun lepas, KM Kuala Nerang dan 2 lagi pasukan jemputan. Pasukan jemputan hanya akan ditentukan selepas mendapat pengesahan penyertaan daripada mereka. Mungkinkah pasukan daripada Singapura or Thailand?

KPMSI akan bertanding sebagai defending 3rd Place SPOON (kepada sesiapa yang tidak faham sila google). Mungkin pelajar tahun akhir semester ini berazam untuk pergi ke BOWL or PLATE...?Wait & see...


No comments:

Post a Comment

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets