MENGAPA BERAT BADAN SAYA BERTAMBAH?
S: Mengapa berat badan saya bertambah?
J: Pertambahan berat badan adalah disebabkan pertambahan kadar lemak dalam badan. Hal ini disebabkan anda tidak menggunakan lebihan kalori didalam badan dalam ertikata lain anda terlebih makan.
S: Apakah itu kalori?
J: Kalori ialah unit kiraan tenaga untuk makanan. Setiap manusia memerlukan kalori untuk setiap aktiviti seharian seperti bernafas, berjalan, mengangkat barang, berlari dan lain-lain. Kalori datang daripada makanan yang kita makan. Kalori datang daripada karbohidrat, lemak, dan protin yang ada didalam makanan.
S: Berapakah jumlah kalori yang diperlukan oleh saya?
J: Kita boleh umpamakan kalori seperti gaji bulanan kita. Jika gaji anda RM2500 maka berbelanjalah dengan jumlah itu. Jika anda berbelanja melebihi jumlah tersebut anda akan berhutang. Jika setiap bulan anda berhutang maka jumlah hutang akan bertambah banyak. Sama seperti badan kita, jika kita terlebih makan, maka lebihan kalori tersebut akan disimpan didalam badan sebagai lemak.
Cara untuk mengira jumlah kalori dalam badan adalah berdasarkan Kadar Metabolik Basal (Basal Metabolic Rate) - BMR.
Lelaki:
BMR = 66 + [13.7 x berat badan (kg)] + [5 x tinggi (cm)] – [6.8 x (tahun)]
Perempuan:
BMR = 655 +[ 9.6 x berat badan (kg)] + [1.8 x tinggi (cm) – (4.7 x umur (tahun)]
CTH:
Jantina = Perempuan
Umur = 30 tahun
Tinggi = 167.6 cm
Berat badan = 54.5kg
BMR = 655 + 523 + 302 – 141
= 1339 kalori/sehari.
Seterusnya BMR didarabkan dengan kadar keaktifan seseorang tersebut.
Skala
|
BMR x
|
Duduk
(tiada senaman)
|
BMR x 1.2
|
Aktiviti Ringan
(senaman ringan/ sukan 1-3 hari seminggu
|
BMR x 1.375
|
Sederhana Aktif
(senaman sederhana/ sukan 3 -5 hari seminggu
|
BMR x 1.55
|
Sangat Aktif
(senaman berat/ sukan 6 – 7 hari seminggu)
|
BMR x 1.725
|
Terlebih Aktif
(senaman berat setiap hari / sukan dan latihan fizikal 2x sehari seperti pelari marathon.
|
BMR x 1.9
|
S: Bagaimanakah saya hendak menurunkan berat badan?
J: 60% daripada penurunan berat badan datang daripada diet dan 40% datang daripada senaman. Antara formula yang mudah bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan adalah seperti berikut:
Kalori masuk > kalori keluar = tambah berat badan
Kalori masuk < kalori keluar = hilang berat badan
Kalori masuk = kalori keluar = tiada perubahan
Senaman yang paling berkesan adalah berlari. Berlari pada kelajuan 8km/j dalam masa 30 minit dapat membakar lebih kurang 278 kalori. 3500 kalori yang dibakar dapat membakar 0.45kg lemak.
Disediakan oleh:
Mohd Shukran b. Shamsudin
Rujukan:
Zahri, K., 2008. Cergas 24/7. Malaysia: Marshall Cavendish.
Bryant, C. X., Green, D.J., 2003. The Ultimate Resource For Fitness Professionals: ACE Personal Trainer Manual:Third Ed. USA: America Council of Exercise.
“A STRONG MIND STARTS WITH A FIT BODY”
No comments:
Post a Comment