Saturday 11 February 2012

TIPS DIET



Jgn lewat bersarapan
Kajian menunjukkan bahawa tindakan melewatkan  sarapan @ makanan lain akan membuatkan anda cenderung utk menambahkan berat badan lebih dari org lain yg makan sarapan sihat & makan 3x sehari.






Diet & sukan
Meskipun diet dapat membantu menurunkan berat badan, namun otot & kulit geleber akan muncul. Berolahraga akan meningkatkan penurunan berat badan anda dan otot-otot akan mejadi lebih kuat.







Usah diet secara drastik
Diet drastik boleh menyebabkan berat badan anda naik mendadak selepas berdiet.





Jangan berlebihan
Pengambilan makanan rendah lemak akan membantu diet tetapi jika diambil berlebihan ia juga akan mengumpul lemak dan tidak membantu proses diet anda.


Sasaran perlu realistik
Menetapkan sasaran jumlah penurunan berat badan yang tidak realistik (terlalu tinggi) akan menyebabkan seseorang itu berasa kecewa apabila sasarannya tidak tercapai, akhirnya anda mungkin akan makan tanpa kawalan dan hasilnya badan "naik" kembali  dengan lebih dasyat lagi.






Kalori perlu cukup
Lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 2500 kcal setiap hari dan wanita memerlukan sekurang-kurangnya 2000 kcal setiap hari. Jika jumlah kalori yang masuk hanya sekitar 1000 kcal @ kurang, ia akan menurunkan kadar metabolisme tubuh dan mempunyai risiko yang tinggi utk menghidap anemia.




Berhenti jika kenyang
Jgn menghabiskan sisa makanan yang tinggal jika anda sudah kenyang. Elakkan makan dalam jumlah yang banyak.





Sumber: Majalah Rapi Bil. 182 15 Feb. 2012

No comments:

Post a Comment

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets