Wednesday 29 February 2012

Kursus Asas Memanah IPMA 2012

Kursus Asas Memanah IPMA 2012
20hb - 22hb Februari 2012
Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PKPM) Lenggong, Perak.

Kursus Asas Memanah IPMA 2012 telah berjaya dilaksanakan oleh Champion yang dilantik iaitu KPM Seri Iskandar dengan kerjasama Kesatuan Memanah Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.
Seramai 35 orang peserta telah hadir dari IPMA seluruh Malaysia. Antara IPMA yang menghantar wakil adalah;
  1. Kolej Profesional MARA & Kolej MARA (KPM/KM)
  2. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  3. Kolej Poly-tech MARA (KPTM)
  4. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  5. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta dimana peserta yang hadir adalah kakitangan yang akan mengusahakan untuk penubuhan kelab memanah di pusat masing-masing dan menyediakan pasukan memanah selaras dengan inisiatif Road Map MARA 2011 - 2015.

Jurulatih yang hadir bagi kursus ini adalah daripada Kesatuan Memanah Malaysia (NAAM) iaitu Encik Zul Izzi b. Ab Manaff dan Encik Muhammad Marbawi Sulaiman. Mereka berdua adalah bekas atlit memanah Malaysia. Encik Zul Izzi sekarang memegang jawatan Setiausaha Eksekutif bagi Kesatuan Memanah Malaysia manakala Encik Marbawi pula aktif sebagai jurulatih skuad elit memanah.

Antara slot yang dimasukkan didalam kursus ini adalah;

Slot 1
Perbincangan Road Map MARA 2011 - 2012, penubuhan Kejohanan Memanah IPMA merangkumi penubuhan kelab serta pembelian peralatan memanah.

Slot 2
Sejarah dan pengenalan kepada memanah

Slot 3
Peralatan Memanah

Slot 4
Praktikal - Teknik asas memanah

Slot 5
Praktikal - Asas pemasangan set memanah

Slot 6
Praktikal - Teknik memanah

Slot 7
Praktikal - Memanah di lapang sasar.

Slot 8
Refleksi - Konsultasi penubuhan Kejohanan Memanah IPMA.

Secara keseluruhan, kursus ini memberi impak yang positif kepada peserta. Antara maklumbalas daripada peserta jangkamasa kursus perlu lebih panjang dan mereka perlukan kursus lanjutan. Mengikut pelan tindakan yang dibuat ialah Bengkel Alatan Memanah dijangka diadakan pada bulan 5. Diharapkan dalam masa 3 bulan peserta dapat memanjangkan perkara ini dipihak pengurusan pusat masing-masing.



Peserta Kursus Asas Memanah IPMA 2012



Lain-lain gambar sila layari:
Facebook: Archery IPMA

Muaturun Gambar Memanah:

Muaturun Kertas Cadangan Peralatan Memanah:


No comments:

Post a Comment

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets