Wednesday 8 August 2012

KHIDMAT MASYARAKAT

TERAS KHIDMAT MASYARAKAT

Komponen teras khidmat masyarakat merupakan komponen yang baru diperkenalkan yang menjadi sebahagian daripada kursus kokurikulum. Pelajar yang mengambil kursus kokurikulum wajib menyelesaikan komponen tersebut sepanjang kursus dijalankan. Berikut adalah mekanisma pelaksanaan khidmat masyarakat;

Semester 1 = 20 jam
Semester 2 = 20 jam
Semester 3 = 20 jam
Jumlah      = 60 jam

Pelajar wajib menyelesaikan 60 jam bagi melayakkan anda LULUS kursus kokurikulum.

Pelaksanaan khidmat masyarakat adalah berdasarkan perancangan kelab masing-masing. Pelajar juga digalakkan mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di luar perancangan kelab. Antara contoh aktiviti adalah seperti berikut;

1. Projek Kelab
Menganjurkan pertandingan, gotong royong, lanskap, membersihkan kawasan kolej, tanaman herba, lanskap dan lain-lain.

2. Pengumpulan Sumbangan
Pakaian, sumbangan wang tunai, buku, alatan dan lain-lain.

3. Program Kampus Hijau dan Kitar Semula
Pelajar mengadakan kempen dan mempromosikan kampus hijau dan kitar semula.

4. Outreach
Rumah orang tua, rumah anak yatim, kawasan kampung, bersihkan kubur, masjid, pantai.

5. Sukarelawan
Menjadi sukarelawan bagi program yang berkaitan dan memberi manafaat kepada pelajar dan organisasi seperti contoh program SPO, Le Tour D'Langkawi, program kementerian, program institusi pengajian lain.

6. Program khas
Program khas yang dirancang yang melibatkan impak kepada penduduk sekitar. Keberkesanan impak dilihat pada hasil selepas aktiviti seperti contoh pengajaran matematik kepada pelajar sekolah rendah, bengkel celik IT kepada penduduk kampung, perniagaan online pengusaha-pengusaha kecil dan seumpamanya.


No comments:

Post a Comment

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets