Monday, 29 October 2012

EKSPLORASI GUA TEMPURUNG

EKSPLORASI GUA TEMPURUNG 2012



TARIKH             : 21 OKTOBER 2012
MASA                : 7.00 PAGI
PENGLIBATAN: KELAB KESIHATAN DAN KECERGASAN

Gua tempurung merupakan salah satu tempat menarik di Perak dan menjadi sebahagian daripada promosi Tahun Melawat Perak 2012. Kelab Kesihatan dan Kecergasan telah merancang satu aktiviti Gua Tempurung pada 21 Oktober 2012 (Ahad) yang melibatkan seramai 23 orang ahli.

Berikut adalah laporan santai aktiviti kelab:

7.40 pagi :
Hampir semua pelajar telah menghadirkan diri di dalam bas iaitu 23 orang daripada 34 ahli. Ahli yang lain tidak dapat dikesan dan ada yang memberi alasan tidak pernah diberi kebenaran oleh bapa utk join rombongan sekolah  (confused, i'm in school or college..?). Tayar bas yang sepatutnya bergolek pada jam 7.00 pagi mula bergolek jam 7.40 pagi a.k.a pelajar lambat.

8.30 pagi:
Bas tiba di Gua Tempurung yang jaraknya lebih kurang 37 km daripada KPM Seri Iskandar dan 41km daripada Ipoh. Gua Tempurung terletak di daerah Kampar. Jika daripada Leburaya Utara-Selatan jalan yang termudah adalah keluar ke Tol Simpang Pulai dan menghala ke arah Gopeng.

Kaunter di Gua Tempurung biasanya dibuka pada jam 9.00 pagi. Jika ada kumpulan yang besar anggaran 40 orang anda digalakkan untuk membuat panggilan telefon kepada pihak gua tempurung terlebih dahulu bagi tujuan tempahan. Jika kurang daripada 30 orang cukup sekadar walk-in.

Peralatan yang wajib ada bagi pengunjung adalah 1) Torch Light 2) Pakaian yang sesuai 3) Kasut yang sesuai.
Peralatan di atas amatlah penting bagi Tour 3 dan Tour 4 kerana keadaan di dalam gua amatlah gelap dan licin.
Penggunaan headlamp amatlah digalakkan bagi mengoptimumkan penggunaan kedua belah tangan yang memudahkan pergerakan.Tidak digalakkan utk memakai kasut jenis tapak licin seperti kasut joging, kasut futsal, sandal, croc pasar malam dan selipar. Safety helmet adalah pilihan, berguna bagi mengelakkan terhantuk ketika merangkak menyusuri sungai.

Pakej yang ditawarkan oleh Gua Tempurung;

Tour 1 (Golden Flowstone)
Anggaran Masa: 40 minit
Harga pakej: RM6.00 bagi dewasa dan RM2.50 bagi kanak-kanak.
Tahap Kesukaran : Santai
Aktiviti: Pengunjung akan dibawa melihat batu-batu yang terbentuk dengan menaiki tangga.

Tour 2 (Top of The World)
Anggaran Masa: 1 jam 45 minit
Harga Pakej: RM9.00 bag dewasa dan RM4.50 bagi kanak-kanak.
Tahap Kesukaran: Ok
Aktiviti: Pengunjung akan dibawa melihat permandangan gua hingga ke platform 5 dengan melalui 640 anak tangga dan ketinggian 120 meter.

Tour 3 (Top of The World & Short River Advanture)
Anggaran Masa: 2 jam 30 minit
Harga Pakej: RM11.00 dewasa dan RM6.00 kanak-kanak.
Tahap Kesukaran: Mencabar
Aktiviti: Sama seperti top of the world dengan tambahan pengunjung akan turun ke bawah gua merangkak dan melalui sungai didalam gua tersebut. Pengunjung juga akan melalui lubang yang sempit dan menggelongsor melalui batu yang licin dengan ketinggian 20 meter dan kecerunan 45 darjah.

Tour 4 (Grand Tour)
Anggaran Masa: 3 jam 30 minit
Harga Pakej: RM21.00 dewasa dan RM11.00 kanak-kanak.
Tahap Kesukaran: Sangat Mencabar
Aktiviti: Pakej ini adalah yang paling mencabar dimana pengunjung akan melalui jalan dan aktiviti yang sama seperti Tour 1 - 3 dengan tambahan trek yang mencabar dimana terpaksa menyusuri terowong sungai dengan gaya jalan duck-walk dan crawl.

* Harga pakej adalah pada tahun 2012.

Kami telah memilih pakej yang paling bersesuaian dengan nama kelab iaitu Grand Tour, pakej yang paling mencabar.


Menunggu Taklimat Guide/Penunjuk Arah
Sebelum kami dibenarkan untuk memulakan aktiviti, satu sesi taklimat ringkas oleh guide berkenaan dengan keperluan, keselamatan, dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh peserta. Antara maklumat penting yang disampaikan adalah;

1) Lampu bagi setiap peserta, peserta masih lagi dibenarkan memasuki gua jika tiada lampu tetapi bagi memudahkan perjalanan setiap seorang perlu ada lampu. Di kedai berhadapan kaunter ada menjual lampu suluh, lampu kepala pelbagai jenis tetapi harganya adalah mahal satu kali ganda dari harga biasa.
2) Jgn mematahkan apa jua yang terdapat didalam gua cth stalactite dan stalagmite kecil yang mula terbentuk.
3) Berhati-hati ketika merangkak di dalam terowong sungai yang sempit kerana terdapat batu-batu di atas dan dihadapan anda yang boleh menyebabkan terhantuk (ketika ini dapat dirasakan kepentingan safety helmet)
4) Dilarang sama sekali mengaplikasikan lirik lagu Joget Kenangan Manis nyanyian Arwah Sudirman yang berbunyi "kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu".
5) Berhati-hati melalui tempat yang licin.
6) Menjaga percakapan, tidak bercakap besar ketika berada di dalam gua.


Jalan masuk ke gua - Masih boleh tersenyum sambil menunjukkan isyarat "peace"
Perjalanan kami bermula pada jam 9.30 pagi. Perjalanan pertama dimulakan dengan menaiki anak tangga mencapai 700 anak tangga (fakta- tangga Batu Caves adalah 272 anak tangga). Kawasan tangga ini disediakan lampu disepanjang jalan. Batuan yang indah hasil dari pancaran lampu mula kelihatan pada aras ini.


Laluan Tangga
 Guide yang bertugas akan memberi taklimat berkaitan dengan sejarah, aktiviti pengumpulan baja tahi kelawar, pembentukan stalactite dan stalagmite, laluan yang akan dilalui, dan beberapa fakta yang menarik (malangnya, guide kami ketika ini tidak menjalankan tugas beliau utk memberi penerangan sepanjang perjalanan, sila pastikan guide yang ditugaskan bersama kumpulan anda menjalankan tanggungjawab beliau).

Guide akan berhenti rehat dibeberapa perhentian bagi memberi peluang kepada ahli kumpulan melepaskan penat dan minum (tiada seorang pun antara ahli kelab membawa air dan coki-coki).

Kepentingan Headlamp


Pejalanan diteruskan dengan melalui jalan yang mencabar dan berliku. Terdapat beberapa halangan yang memerlukan peserta untuk menggelongsor, merangkak, meniarap dan bermacam - macam aksi terpulang pada kemahiran untuk hidup peserta.

Kasut merupakan aspek yang paling penting dalam eksplorasi Gua Tempurung ini kerana kebanyakan peserta tidak memakai kasut yang sesuai dan mengalami kesukaran untuk berjalan.

Pada 3/4 perjalanan, penunjuk arah akan membawa peserta untuk berehat di satu kawasan di luar gua. Peserta diberi masa 20 minit untuk berehat melepaskan lelah, mandi dan makan coki2 (pengiring yang bawak).


Kesempatan berehat digunakan untuk bergambar dan makan coki2

Perjalanan diteruskan dengan masuk kembali ke dalam gua. Perjalanan kali ini lebih kepada menyusuri sungai. Halangan yang agak mencabar adalah lubang berdiameter 3 meter. Pada halangan ini memerlukan setiap peserta melaluinya secara bergilir-gilir dan memerlukan masa yang agak lama sebelum kesemua peserta melepasi lubang tersebut.

melalui lubang kecil - credit to www.myholidayinmalaysia.com



Sementara menunggu kawan-kawan lain melepasi lubang




Selepas laluan lubang, laluan seterusnya adalah anak sungai sepenuhnya. ini menandakan perjalanan anda menghampiri penghujung gua.

Sebelum sampai ke pintu keluar gua terdapat selekoh sungai yang airnya agak dalam sesuai untuk peserta membersihkan diri sambil berehat mengenangkan azab dan keseronokan yang telah dilalui.

sedang mengenang aksi cicakman


Semua peserta tiba dengan selamat di pintu keluar pada jam 1.30 petang. Bilik persalinan dilengkapi dengan bilik mandi berbayar terdapat berdekatan dengan kafeteria bagi memudahkan peserta membersihkan diri.

Diharapkan pelajar mendapat nilai-nilai yang positif disamping mendapat keyakinan diri yang dapat diaplikasikan dalam akademik.

Untuk berjaya sememangnya tidak semudah dirancang dan memerlukan kecekalan dan kemahiran membuat keputusan  yang betul.

Kemahiran seperti ini amatlah penting terutamanya bagi mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar.






  


Tuesday, 2 October 2012

KASUKMA 2012

KARNIVAL SUKAN KOLEJ PROFESIONAL MARA/KOLEJ MARA
(KASUKMA)
27HB - 30HB September 2012
Kolej MARA Kulim, Kedah Darul Aman.

KASUKMA adalah program kokurikulum tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) MARA yang melibatkan semua 10 buah Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA. Kolej MARA Kulim telah terpilih untuk mengelolakan edisi KASUKMA kali ini.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah;

1. Bola Sepak
2. Bola Jaring
3. Badminton
4. Tenis Berpasukan
5. Sepak Takraw
6. Ping pong
7. Bola Tampar (L)
8. Bola Tampar (W)
9. Catur (L)
10. Catur (W)
11. Petanq Beregu (L)
12. Petanq Beregu (W)
13. Tenpin Boling Trio (L)
14. Tenpin Boling Trio (W)

Berikut adalah pungutan pingat mengikut permainan;


Berikut adalah kedudukan pingat mengikut kontinjen;


Tahniah kepada Kolej MARA Kuala Nerang diatas kejayaan menjadi juara keseluruhan KASUKMA 2012 kali ke- 2 selepas KASUKMA 2008. Pada tahun ini menunjukkan penguasaan Kolej MARA dimana kesemua Kolej MARA menduduki tempat ke-6 dan ke atas.

Kontinjen Kolej Profesional MARA Seri Iskandar juga telah menghantar 85 orang peserta dan menyertai kesemua acara yang dipertandingkan. Pada tahun ini prestasi dan keputusan yang ditunjukkan oleh kontinjen KPMSI kurang memberangsangkan dimana hanya 2 pasukan sahaja yang layak ke acara separuh akhir dan berjaya memungut 1 pingat gangsa melalui Bola Tampar Wanita. Pasukan Bola Sepak juga gagal ke final selepas berjaya mara ke final 3 tahun berturut-turut sejak KASUKMA 2009.

Tahniah diucapkankan kepada pasukan Bola Tampar Wanita kerana berjaya menyumbang pingat setelah 3 tahun menyepi dari menyumbang sebarang pingat.

Walaubagaimanapun, jika dilihat dari sudut positif pasukan KPMSI telah memberi tentangan bagi setiap permainan diperingkat kumpulan dan akhirnya kalah kepada pasukan yang prestasinya lebih hebat lagi. Perlu diingatkan kepada pelajar bahawa kemenangan bukanlah objektif utama bagi KASUKMA tetapi ianya lebih kepada MERAPATKAN UKHWAH dikalangan pelajar disamping memupuk DISIPLIN dan SEMANGAT SETIAKAWAN antara pasukan. Jika semua aspek ini digabungkan bersama, secara tidak langsung akan dapat membentuk sebuah pasukan yang mantap.

Diharapkan KASUKMA kali ini dapat merealisasikan objektif utamanya iaitu merapatkan hubungan antara pelajar Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA sesuai dengan tema KASUKMA 2012 iaitu "Berkawan dalam Berlawan".


GALERI














Monday, 13 August 2012

MESYUARAT & BENGKEL TEKNIKAL KASUKMA KE-5 2012


MESYUARAT & BENGKEL TEKNIKAL KARNIVAL SUKAN KOLEJ PROFESIONAL MARA & KOLEJ MARA (KASUKMA) KALI KE-5 2012



Mesyuarat dan Bengkel Teknikal KASUKMA kali ke-5 2012 telah diadakan pada 13 Ogos 2012 (Isnin) bertempat di Kolej MARA Kulim.

Mesyuarat dan bengkel pada kali ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah (HEP) dan Pegawai Kokurikulum setiap Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA.

Antara pengisian yang telah dibincangkan adalah;

a. Pelaksanaan karnival
b. Peraturan Am
c. Peraturan Permainan
d. Undian kumpulan


Karnival Sukan Kolej Profesional MARA & Kolej MARA (KASUKMA) Kali ke-5 2012
27hb - 30hb September 2012
Kolej MARA Kulim, Kedah Darul Aman


Berikut adalah sukan-sukan yang ditawarkan oleh tuan rumah bagi KASUKMA edisi 5 2012;



Pemilihan permainan adalah berdasarkan kapasiti penganjur untuk menawarkannya dengan mengambil faktor kemudahan penginapan dan kemudahan sukan sedia ada di Kolej MARA dan di kawasan sekitarnya. Terdapat beberapa permainan yang telah digugurkan seperti Futsal.





UNDIAN KUMPULAN
































PETANQ LELAKI


PETANQ WANITA









Thursday, 9 August 2012

KEMUDAHAN SUKAN

KEMUDAHAN SUKAN & REKREASI

Kemudahan sukan dan rekreasi di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar adalah termasuk didalam infrastruktur kolej. Terdapat juga beberapa kemudahan sukan dan rekreasi yang telah ditambah berdasarkan keperluan pelajar.

Padang Bola Sepak / Padang Ragbi


Gelanggang Sepak Takraw


Padang Bola Jaring


Lapangan Memanah


Gelanggang Tenis


Gelanggang Bola Tampar / Bola Keranjang / Futsal


Gelanggang Petanq


Gelanggang Badminton


Ping-pong


Gimnasium


Bilik Muzik


Indoor Game - Dart / Karom / Catur



Wednesday, 8 August 2012

KURSUS KOKURIKULUM

Kursus Kokurikulum merupakan kursus wajib dan akan diberi mata kredit dan ianya disyaratkan lulus untuk melayakkan penganugerahan Diploma bagi semua program peringkat (Higher National Diploma dan Diploma in International Business) di Kolej Profesional MARA.

Pelajar wajib mengambil kursus kokurikulum sebanyak 3 semester;

a. Badan Beruniform (2 semester)
b. Kelab dan Persatuan @ Sukan dan Permainan (1 semester)
c. Khidmat Masyarakat (3 semester)




KHIDMAT MASYARAKAT

TERAS KHIDMAT MASYARAKAT

Komponen teras khidmat masyarakat merupakan komponen yang baru diperkenalkan yang menjadi sebahagian daripada kursus kokurikulum. Pelajar yang mengambil kursus kokurikulum wajib menyelesaikan komponen tersebut sepanjang kursus dijalankan. Berikut adalah mekanisma pelaksanaan khidmat masyarakat;

Semester 1 = 20 jam
Semester 2 = 20 jam
Semester 3 = 20 jam
Jumlah      = 60 jam

Pelajar wajib menyelesaikan 60 jam bagi melayakkan anda LULUS kursus kokurikulum.

Pelaksanaan khidmat masyarakat adalah berdasarkan perancangan kelab masing-masing. Pelajar juga digalakkan mengadakan aktiviti khidmat masyarakat di luar perancangan kelab. Antara contoh aktiviti adalah seperti berikut;

1. Projek Kelab
Menganjurkan pertandingan, gotong royong, lanskap, membersihkan kawasan kolej, tanaman herba, lanskap dan lain-lain.

2. Pengumpulan Sumbangan
Pakaian, sumbangan wang tunai, buku, alatan dan lain-lain.

3. Program Kampus Hijau dan Kitar Semula
Pelajar mengadakan kempen dan mempromosikan kampus hijau dan kitar semula.

4. Outreach
Rumah orang tua, rumah anak yatim, kawasan kampung, bersihkan kubur, masjid, pantai.

5. Sukarelawan
Menjadi sukarelawan bagi program yang berkaitan dan memberi manafaat kepada pelajar dan organisasi seperti contoh program SPO, Le Tour D'Langkawi, program kementerian, program institusi pengajian lain.

6. Program khas
Program khas yang dirancang yang melibatkan impak kepada penduduk sekitar. Keberkesanan impak dilihat pada hasil selepas aktiviti seperti contoh pengajaran matematik kepada pelajar sekolah rendah, bengkel celik IT kepada penduduk kampung, perniagaan online pengusaha-pengusaha kecil dan seumpamanya.


KELAB & PERSATUAN / SUKAN & PERMAINAN

KELAB & PERSATUAN / SUKAN & PERMAINAN

Pelajar diwajibkan untuk mendaftar Kelab & Persatuan atau Sukan & Permainan bagi 1 (satu) semester. Pendaftaran tertakluk kepada kursus yang ditawarkan oleh pihak kolej. Antara kursus yang tersenarai di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar adalah;

Kelab & Persatuan

1. Kelab Kembara & Rekreasi
2. Kelab Kesihatan & Kecergasan
3. Kelab Inovasi & Senireka
4. Kelab Seni dan Kebudayaan
5. Kelab Seni Persembahan
6. Kelab Seni Muzik

Sukan & Permainan

1. Kelab Bola Sepak
2. Kelab Bola Jaring
3. Kelab Badminton
4. Kelab Bola Tampar
5. Kelab Ragbi
6. Kelab Ping-pong
7. Kelab Sepak Takraw
8. Kelab Tenpin Boling
9. Kelab Bola Keranjang
10. Kelab Petanq
11. Kelab Futsal
12. Kelab Tenis
13. Kelab Futsal

Wednesday, 11 July 2012

KURSUS KOKURIKULUM SESI JUL - DIS 2012

KURSUS KOKURIKULUM
KPM SERI ISKANDAR
SESI JULAI - DISEMBER 2012

Selamat datang diucapkan kepada siswa dan siswi kemasukan Julai - Disember 2012. Semoga anda menggunakan sebaiknya-baiknya peluang belajar di KPMSI sebagai platform bagi meneruskan kecemerlangan diperingkat yang lebih tinggi lagi.

Pada semester ini pelajar kemasukan Julai - Disember akan menjadi kumpulan II iaitu perlu mengambil Sukan & Permainan atau Kelab & Persatuan. Antara kelab yang telah ditawarkan adalah:

Kelab dan Persatuan
  1. Kelab Kembara dan Rekreasi
  2. Kelab Kesihatan dan Kecergasan\
Sukan dan Permainan
  1. Kelab Badminton
  2. Kelab Bola Jaring
  3. Kelab Frisbee
  4. Kelab Ping-pong
  5. Kelab Petanq


Sunday, 3 June 2012

Happy Father's Day 2012

HAPPY FATHER'S DAY

Happy Father's Day 2012 to all father, daddy, papa, walid, in the world.














Sunday, 25 March 2012

KARNIVAL SUKAN STAF BPT MARA (KASUSMA) 2012


KONTINJEN KPM SERI ISKANDAR


Karnival Sukan Staf bpt. MARA (KASUSMA) 2012 telah diadakan pada 23 - 26 Mac 2012 bertempat di Kolej MARA Kuala Nerang. Sebanyak 11 pasukan dari KPM/KM dan BPT MARA telah bertanding di dalam 12 acara yang dipertandingkan.

Tahniah kepada kontinjen KPM Seri Iskanda kerana berjaya menduduki tempat ketiga keseluruhan berbanding kedudukan tahun lepas iaitu tempat ke - 6. Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan;


Tahniah diucapkan kepada pasukan Futsal, Petanq (L), dan Dart kerana berjaya menjuarai kategori masing-masing dan juga pasukan Petanque (P) kerana berjaya merangkul tempat ke-3.

 
FUTSAL - JOHAN


 DART - JOHAN

 PETANQ (L) - JOHAN / PETANQ (P) - KETIGA


Tahniah juga kepada pasukan lain diatas sumbangan anda.

 PING - PONG BERPASUKAN

BOLING

BADMINTON BERPASUKAN

TENIS


UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets