Wednesday, 29 February 2012

Kursus Asas Memanah IPMA 2012

Kursus Asas Memanah IPMA 2012
20hb - 22hb Februari 2012
Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PKPM) Lenggong, Perak.

Kursus Asas Memanah IPMA 2012 telah berjaya dilaksanakan oleh Champion yang dilantik iaitu KPM Seri Iskandar dengan kerjasama Kesatuan Memanah Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak.
Seramai 35 orang peserta telah hadir dari IPMA seluruh Malaysia. Antara IPMA yang menghantar wakil adalah;
  1. Kolej Profesional MARA & Kolej MARA (KPM/KM)
  2. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  3. Kolej Poly-tech MARA (KPTM)
  4. Institut Kemahiran MARA (IKM)
  5. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas kepada peserta dimana peserta yang hadir adalah kakitangan yang akan mengusahakan untuk penubuhan kelab memanah di pusat masing-masing dan menyediakan pasukan memanah selaras dengan inisiatif Road Map MARA 2011 - 2015.

Jurulatih yang hadir bagi kursus ini adalah daripada Kesatuan Memanah Malaysia (NAAM) iaitu Encik Zul Izzi b. Ab Manaff dan Encik Muhammad Marbawi Sulaiman. Mereka berdua adalah bekas atlit memanah Malaysia. Encik Zul Izzi sekarang memegang jawatan Setiausaha Eksekutif bagi Kesatuan Memanah Malaysia manakala Encik Marbawi pula aktif sebagai jurulatih skuad elit memanah.

Antara slot yang dimasukkan didalam kursus ini adalah;

Slot 1
Perbincangan Road Map MARA 2011 - 2012, penubuhan Kejohanan Memanah IPMA merangkumi penubuhan kelab serta pembelian peralatan memanah.

Slot 2
Sejarah dan pengenalan kepada memanah

Slot 3
Peralatan Memanah

Slot 4
Praktikal - Teknik asas memanah

Slot 5
Praktikal - Asas pemasangan set memanah

Slot 6
Praktikal - Teknik memanah

Slot 7
Praktikal - Memanah di lapang sasar.

Slot 8
Refleksi - Konsultasi penubuhan Kejohanan Memanah IPMA.

Secara keseluruhan, kursus ini memberi impak yang positif kepada peserta. Antara maklumbalas daripada peserta jangkamasa kursus perlu lebih panjang dan mereka perlukan kursus lanjutan. Mengikut pelan tindakan yang dibuat ialah Bengkel Alatan Memanah dijangka diadakan pada bulan 5. Diharapkan dalam masa 3 bulan peserta dapat memanjangkan perkara ini dipihak pengurusan pusat masing-masing.



Peserta Kursus Asas Memanah IPMA 2012



Lain-lain gambar sila layari:
Facebook: Archery IPMA

Muaturun Gambar Memanah:

Muaturun Kertas Cadangan Peralatan Memanah:


Sunday, 26 February 2012

Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Pengarah MARA 2012

Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Pengarah MARA 2012 telah berjaya dilangsungkan di Politeknik Merlimau, Melaka dan AJK pelaksana adalah KPM Ayer Molek pada 25hb - 26hb Februari 2012.

Terdapat 16 pasukan telah bertanding. 10 pasukan daripada KPM/KM dan 6 pasukan jemputan dari sekitar Melaka. Berikut adalah keputusan pertandingan.

Johan Cup                   - Politeknik Merlimau
N. Johan Cup              - Kolej MARA Seremban
Ketiga Cup Bersama   - KM Banting
                                   - IKM Lumut

Johan Plate                  - KPM Bandar Penawar
N. Johan Plate             - KPM Seri Iskandar
Ketiga Plate Bersama   - KPM Ayer Molek
                                    - KM  Kuala Nerang

Johan Bowl                  - Kolej Matrikulasi Melaka
N. Johan Bowl             - KPM Beranang
Ketiga Bersama           - UiTM Melaka
                                   - UniKL MICET

Johan Spoon               - UiTM Lendu
N. Johan Spoon          - KPM Indera Mahkota
Ketiga Bersama          - KPM Bandar Melaka
                                   - KM Kulim


Tahniah kepada pasukan ragbi KPMSI Spartan kerana berjaya menjadi Naib Johan Kategori Plate. Ini adalah keputusan yang terbaik pernah dimenangi oleh KPMSI sejak Kejohanan Ragbi KPM/KM diperkenalkan pada 2007.

Berikut adalah keputusan perlawanan KPMSI Spartan;

Pusingan Liga
KM Kuala Nerang 10 -  0 KPM Seri Iskandar
KPM Seri Iskandar 10 - 0 UiTM Lendu
Kolej Matrikulasi Melaka 0 - 0 KPM Seri Iskandar

Pusingan Cup/Plate
Politeknik Merlimau 24 - 0 KPM Seri Iskandar

Separuh Akhir Plate
KPM Ayer Molek 5 - 8 KPM Seri Iskandar

Akhir Plate
KPM Seri Iskandar 7 - 14 KPM Bandar Penawar




KPMSI Spartan Rugby Team


Sesi sepahkan kawasan khemah


Sesi memanaskan badan

Sesi syok sendiri 1

Sesi syok sendiri 2

Sesi syok sendiri 3 (with shadow behind)

Sesi syok sendiri 4


No komen

Saturday, 11 February 2012

TIPS DIET



Jgn lewat bersarapan
Kajian menunjukkan bahawa tindakan melewatkan  sarapan @ makanan lain akan membuatkan anda cenderung utk menambahkan berat badan lebih dari org lain yg makan sarapan sihat & makan 3x sehari.






Diet & sukan
Meskipun diet dapat membantu menurunkan berat badan, namun otot & kulit geleber akan muncul. Berolahraga akan meningkatkan penurunan berat badan anda dan otot-otot akan mejadi lebih kuat.







Usah diet secara drastik
Diet drastik boleh menyebabkan berat badan anda naik mendadak selepas berdiet.





Jangan berlebihan
Pengambilan makanan rendah lemak akan membantu diet tetapi jika diambil berlebihan ia juga akan mengumpul lemak dan tidak membantu proses diet anda.


Sasaran perlu realistik
Menetapkan sasaran jumlah penurunan berat badan yang tidak realistik (terlalu tinggi) akan menyebabkan seseorang itu berasa kecewa apabila sasarannya tidak tercapai, akhirnya anda mungkin akan makan tanpa kawalan dan hasilnya badan "naik" kembali  dengan lebih dasyat lagi.






Kalori perlu cukup
Lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 2500 kcal setiap hari dan wanita memerlukan sekurang-kurangnya 2000 kcal setiap hari. Jika jumlah kalori yang masuk hanya sekitar 1000 kcal @ kurang, ia akan menurunkan kadar metabolisme tubuh dan mempunyai risiko yang tinggi utk menghidap anemia.




Berhenti jika kenyang
Jgn menghabiskan sisa makanan yang tinggal jika anda sudah kenyang. Elakkan makan dalam jumlah yang banyak.





Sumber: Majalah Rapi Bil. 182 15 Feb. 2012

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets