Tuesday 31 January 2012

SUKAN MEMANAH

Sukan memanah telah dipilih sebagai sukan elit yang akan dikembangkan diperingkat Institusi Pengajian MARA (IPMA) dibawah program Road Map MARA 2011 - 2012.

Perancangan awal telah dibuat dan program pertama yang akan diadakan adalah Kursus Asas Memanah bagi penasihat kelab yang akan ditubuhkan di IPMA masing-masing. Berikut adalah maklumat program;

Nama Kursus:Kursus Asas Memanah IPMA
Tarikh: 20hb - 23hb Februari 2012
Tempat: Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PKPM) Lenggong, Perak.
Peserta: 40 orang (Kakitangan UniKL, Kolej Poly-tech MARA, Kolej Profesional MARA, Kolej MARA dan Institut Kemahiran MARA)

Surat Tawaran Kursus - Klik
Jadual Kursus - Klik

MESYUARAT PENGURUS KEJOHANAN RAGBI 10's PIALA KETUA PENGARAH MARA 2012




Mesyuarat pengurus pasukan bagi Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Pengarah MARA 2012 (juga dikenali sebagai Kejohanan Ragbi 10's Jemputan KPM/KM telah diadakan pada 31 Jan 2012 di KPM Ayer Molek, Melaka. 


Mesyuarat dihadiri oleh pengurus pasukan dari KPM dan KM
Mesyuarat telah membincangkan peraturan permainan, tentatif program dan yang paling penting UNDIAN.



Kejohanan Ragbi 10's Piala Ketua Pengarah MARA 2012 akan diadakan pada ketetapan berikut;

Tarikh: 25 & 26 Februari 2012
Tempat: Padang Politeknik Merlimau, Melaka.
Jumlah Pasukan Bertanding: 10 pasukan (KPM dan KM) + 6 pasukan (Jemputan)

Program yang akan diadakan mengekalkan konsep seperti tahun lepas di KM Kuala Nerang dengan menjemput pasukan luar negara. Antara pasukan yang dijemput Prince of Songkla, Thailand dan 2 pasukan Singapura. Pasukan lain adalah dari institusi tempatan sekitar selatan Malaysia.



KPMSI telah diundi didalam kumpulan B bersama Naib Johan CUP pada tahun lepas, KM Kuala Nerang dan 2 lagi pasukan jemputan. Pasukan jemputan hanya akan ditentukan selepas mendapat pengesahan penyertaan daripada mereka. Mungkinkah pasukan daripada Singapura or Thailand?

KPMSI akan bertanding sebagai defending 3rd Place SPOON (kepada sesiapa yang tidak faham sila google). Mungkin pelajar tahun akhir semester ini berazam untuk pergi ke BOWL or PLATE...?Wait & see...


Saturday 28 January 2012

2. JUMLAH KALORI DALAM MAKANAN

Jumlah Kalori Dalam Makanan
JENIS MAKANANSAIZ HIDANGANJUMLAH KALORI (kcal)
MAKANAN RUTIN
Nasi putih satu setengah cawan260
Nasi lemak bersambal sepinggan400
Nasi goreng bertelur sepinggan635
Nasi briyani berayam sepinggan880
Nasi minyak kosongsepinggan445
Nasi ayam kosong sepinggan300
Mee goreng kosong sepinggan660
Mee sup semangkuk380
Mee rebussemangkuk556
Mee hoon gorengsepinggan550
Laksa Penangsemangkuk436
Roti putih 26g (sekeping)69.4
Roti canai kosong 95g (sekeping301
Roti telur135g(sekeping)356
Roti Naansekeping308
Roti Pita46g128.3
Capati tanpa kuah 100g(sekeping)300
Murtabak Dagingsekeping722
Pau ayam sebiji203
Emping jagung kosong secawan160
LAUK PAUK
Ayam:
Paha Ayam Goreng49g (seketul)118.6
Ayam Goreng (dgn kulit)98g (seketul)214.3
Ayam Bakar (tanpa kulit)86g (seketul)141.9
Ayam Bakar (dgn kulit)98g (seketul)193.1
Kepak Ayam Goreng98g (seketul)101.7
Sate Ayam150g (10 cucuk)365
Ayam kari berkuah sepotong250
Ayam tandoori sepotong220
Ikan, Udang, Daging:
Ikan kembong kari berkuah seekor85
Ikan tenggiri goreng bercili sepotong142
Ikan kembong goreng seekor140
Ikan senangin masam manis berkuah sepotong210
Daging lembu kari berkuah 2 kotak mancis130
Sambal udang setengah cawan70
Sambal sotong setengah cawan55
Telor goreng sebiji110
Taukua gorengsekeping110
Kacang panggang dalam tin 2 sudu40
MAKANAN SEGERA
Peha ayam goreng seketul130
Nugget ayamseketul60
Kentang lecek 1 tub kecil90
Sayur kobis hancur1 tub kecil75
Burger keju sebiji425
Kentang goreng 1 kantung kecil405
Pizza berkeju sepotong240
Hot Dog82g225
Big Macsebiji570
Apple Paisepotong260
BUAH-BUAHAN
Tembikai sepotong20
Betik sepotong45
Pisang emas 2 biji76
Durian 5 ulas64
Limau sebiji42
Jambu batu sebiji110
Nenas sepotong59
Epalsebiji63
Cikusebiji44
Mangga sebiji103
MINUMAN
minuman berkarbonat 285g (1 tin)120
minuman kotak 250g (1kotak)105
susu tepung penuh krim 1 sudu makan33
susu tepungtanpa lemak1 sudu makan25
aiskrim 2 skop390
susu pekat manis1 sudu makan71
yogurt rendah lemak1 cawan90
mentega 2 sudu teh75
keju chedar 1 keping58
teh tariksegelas83

1. SOAL JAWAB DALAM PENJAGAAN KESIHATAN

MENGAPA BERAT BADAN SAYA BERTAMBAH?

S: Mengapa berat badan saya bertambah?
J: Pertambahan berat badan adalah disebabkan pertambahan kadar lemak dalam badan. Hal ini disebabkan anda tidak menggunakan lebihan kalori didalam badan dalam ertikata lain anda terlebih makan.
S: Apakah itu kalori?
J: Kalori ialah unit kiraan tenaga untuk makanan. Setiap manusia memerlukan kalori untuk setiap aktiviti seharian seperti bernafas, berjalan, mengangkat barang, berlari dan lain-lain. Kalori datang daripada makanan yang kita makan. Kalori datang daripada karbohidrat, lemak, dan protin yang ada didalam makanan.
S: Berapakah jumlah kalori yang diperlukan oleh saya?
J: Kita boleh umpamakan kalori seperti gaji bulanan kita. Jika gaji anda RM2500 maka berbelanjalah dengan jumlah itu. Jika anda berbelanja melebihi jumlah tersebut anda akan berhutang. Jika setiap bulan anda berhutang maka jumlah hutang akan bertambah banyak. Sama seperti badan kita, jika kita terlebih makan, maka lebihan kalori tersebut akan disimpan didalam badan sebagai lemak.
Cara untuk mengira jumlah kalori dalam badan adalah berdasarkan Kadar Metabolik Basal (Basal Metabolic Rate) - BMR.
Lelaki:
BMR = 66 + [13.7 x berat badan (kg)] + [5 x tinggi (cm)] – [6.8 x (tahun)]
Perempuan:
BMR = 655 +[ 9.6 x berat badan (kg)] + [1.8 x tinggi (cm) – (4.7 x umur (tahun)]
CTH:
Jantina = Perempuan
Umur = 30 tahun
Tinggi = 167.6 cm
Berat badan = 54.5kg
BMR = 655 + 523 + 302 – 141
          = 1339 kalori/sehari.
Seterusnya  BMR didarabkan dengan kadar keaktifan seseorang tersebut.

Skala
BMR x
Duduk
(tiada senaman)

BMR x 1.2
Aktiviti Ringan
(senaman ringan/ sukan 1-3 hari seminggu

BMR x 1.375
Sederhana Aktif
(senaman sederhana/ sukan 3 -5 hari seminggu

BMR x 1.55
Sangat Aktif
(senaman berat/ sukan 6 – 7 hari seminggu)

BMR x 1.725
Terlebih Aktif
(senaman berat setiap hari / sukan dan latihan fizikal 2x sehari seperti pelari marathon.


BMR x 1.9


S: Bagaimanakah saya hendak menurunkan berat badan?
J: 60% daripada penurunan berat badan datang daripada diet dan 40% datang daripada senaman. Antara formula yang mudah bagi sesiapa yang ingin menurunkan berat badan adalah seperti berikut:
Kalori masuk > kalori keluar = tambah berat badan
Kalori masuk < kalori keluar = hilang berat badan
Kalori masuk = kalori keluar = tiada perubahan
Senaman yang paling berkesan adalah berlari. Berlari pada kelajuan 8km/j dalam masa 30 minit dapat membakar lebih kurang 278 kalori. 3500 kalori yang dibakar dapat membakar 0.45kg lemak.

Disediakan oleh:
Mohd Shukran b. Shamsudin
Rujukan:
Zahri, K., 2008. Cergas 24/7. Malaysia: Marshall Cavendish.
Bryant, C. X., Green, D.J., 2003. The Ultimate Resource For Fitness Professionals: ACE Personal Trainer Manual:Third Ed. USA: America Council of Exercise.

“A STRONG MIND STARTS WITH A FIT BODY”

2. BADAN BERUNIFORM

BADAN BERUNIFORM

Badan Beruniform merupakan kurus wajib yang berlu diambil oleh pelajar selama 2 (dua) semeseter dan ianya sebagai syarat wajib graduasi. Badan Beruniform yang ditawarkan adalah;

1. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
2. Bulan Sabit Merah Malaysia

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)



Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)






INFO SIHAT

HUBUNGI KAMI

UNIT KOKURIKULUM
KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR
LOT PT 2635, BANDAR SERI ISKANDAR,
32620 SERI ISKANDAR, PERAK.

TEL: 05-3711045 samb 304/206

PAUTAN

KOLEJ PROFESIONAL MARA
  1. KOLEJ PROFESIONAL MARA SERI ISKANDAR
  2. KOLEJ PROFESIONAL MARA BERANANG
  3. KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA
  4. KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR PENAWAR
  5. KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA
  6. KOLEJ PROFESIONAL AYER MOLEK

KOLEJ MARA
  1. KOLEJ MARA KULIM
  2. KOLEJ MARA KUALA NERANG
  3. KOLEJ MARA SEREMBAN
  4. KOLEJ MARA BANTING

MINGGU AKTIVITI 2012

Minggu Aktiviti 2011 akan diadakan pada 11hb - 17hb Februari 2012. Pelbagai aktiviti yang akan diadakan termasuklah Sukan Kolej.

SUKAN KOLEJ
11HB – 17HB FEBRUARI 2012

SENARAI SUKAN
1.       BOLA SEPAK 9’s (15 ORANG LELAKI)
2.       BOLA JARING (12 ORANG)
3.       FUTSAL LELAKI (10 ORANG)
4.       FUTSAL PEREMPUAN (10 ORANG)
5.       BOLA BALING LELAKI (12 ORANG)
6.       BOLA BALING PEREMPUAN (12 ORANG)
7.       BADMINTON BERPASUKAN (1 BEREGU LELAKI, 1 BEREGU PEREMPUAN,1 PERSEORANGAN LELAKI, 1 PERSEORANGAN WANITA, SIMPANAN -  1 L & 1 P)
8.       PING – PONG BERPASUKAN (1 BEREGU LELAKI, 1 BEREGU PEREMPUAN,1 PERSEORANGAN LELAKI, 1 PERSEORANGAN WANITA, SIMPANAN – 1 L & 1P)
9.       BOLA TAMPAR LELAKI (12 ORANG)
10.   BOLA TAMPAR PEREMPUAN (12 ORANG)
11.   PETANQUE TRIPLE  LELAKI
12.   PETANQUE TRIPLE WANITA
13.   DART ( 1  PERSEORANGAN  LELAKI, 1 BEREGU LELAKI, 1 CAMPURAN)
14.   KAROM (1 PERSEORANGAN LELAKI, 1 BEREGU LELAKI, 1 CAMPURAN)

SYARAT – SYARAT PENYERTAAN

1.       Pemain mestilah pelajar Kolej Profesional MARA Seri Iskandar.
2.       Pemain mestilah daripada kumpulan yang telah dibahagikan.
3.       Tidak dibenarkan menggunakan pemain daripada kumpulan lain.
4.       Setiap pasukan DIWAJIBKAN untuk menghantar penyertaan walaupun tiada kebolehan untuk bertanding.
5.       Seorang pelajar dibenarkan menyertai maksimum 2 permainan bagi menggalakkan penyertaan menyeluruh.
6.       Pemilihan permainan mestilah berdasarkan jadual dengan memastikan jadual permainan yang dipilih tidak bertindih satu sama lain.


SYARAT – SYARAT PERMAINAN

1.      PENDAFTARAN PEMAIN

1.1 Setiap pasukan hanya boleh mendaftar pemain mengikut kuota yang telah ditetapkan.
1.2 Seorang pemain dibenarkan menyertai maksimum dua permainan selagi jadual kedua-dua permainan tidak bertindih.

2.      SISTEM PERTANDINGAN

2.1 Pusingan pertama adalah mengikut sistem liga dalam kumpulan.
2.2 Pusingan kedua mengikut sistem kalah mati.
2.3 Setiap pasukan mestilah berada di tempat perlawanan 10 minit sebelum perlawanan bermula.pihak lawan akan mendapat kemenangan percuma bagi mana-mana pasukan yang gagal hadir di gelanggang dengan jumlah minimum pemain.
2.4 Keputusan pengadil adalah muktamad.

3.      KEDUDUKAN DALAM LIGA

3.1 Untuk kedudukan secara liga, mata berikut akan diberikan :
Menang                -              3 mata
Seri                        -              1 mata
Kalah                    -              0 mata

3.2 Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka kedudukan dalam kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut :

                                                         i.            Pasukan yang mendapat perbezaan skor dikira pemenang.
                                                       ii.            Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira pemenang.
                                                     iii.            Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
3.3 Dalam pertandingan mengikut sistem kalah mati, jika berlaku seri selepas sesuatu perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang:
                                                                    I.            Suddent Death
                                                                  II.            Jika masih seri, keputusan ditentukan secara lambungan duit syiling.

4.      HADIAH PERTANDINGAN

4.1 Hadiah akan dibeikan kepada;
                                                        I.            Johan
                                                      II.            Naib Johan
                                                   III.            Ketiga (kecuali Bola Tampar)

 
JADUAL PERLAWANAN

UNIT KOKURIKULUM KPM SERI ISKANDAR

“Kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah (misalnya kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dan lain-lain).”


Definisi Kamus Dewan Bahasa & Pustaka




Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aktiviti kokurikulum dapat memastikan pelajar diperlengkapkan dengan Kemahiran Insaniah yang SEIMBANG dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.


Nilai-nilai yang terdapat didalam aktiviti kokurikulum dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan hasil latihan dari segi kepimpinan, displin, pengurusan organisasi, membuat keputusan, dan ianya menjurus kepada keseimbangan kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik.


Kokurikulum juga bertindak sebagai NILAI TAMBAH kepada pengetahuan sedia ada pelajar didalam pengkhususan akademik selaras dengan kehendak majikan pada masa ini. Justeru itu, tidak hairanlah mengapa IPTA meletakkan 10% markah kokurikulum sebagai syarat wajib bagi pemilihan kemasukan.


Diharapkan pelajar dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat dan mempertajamkan lagi bakat sedia ada agar menjadi individu yang inovatif dan berdaya saing.










































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Share
Widgets